Lafiy Travel Editor
Bisnes Tips
Kali pertama bisnes TS Syed Mokhtar berhadapan kejatuhan adalah pada tahun 1985, tiga belas tahun selepas beliau mula berniaga. Ketika itu ekonomi meleset dan ia berlaku secara mengejut. Bisnes hartanah beliau paling teruk terjejas. Walaupun margin untungnya tinggi tapi kos majukannya juga tinggi. TS Mokhtar terpaksa pinjam duit dalam jumlah yang besar dan untuk kurangkan rugi, beliau buat keputusan mengaku kalah dan berundur dari bisnes bangunkan hartanah. Tapi beliau bersyukur kerana telah pelbagaikan bisnes sejak dari awal lagi. Bisnesnya yang lain seperti bisnes beras, kasut dan pembuatan pakaian bantu jana aliran tunai yang bolehkan bisnesnya bertahan hingga ekonomi pulih. Dan ujar beliau; "Kemelesetan ekonomi 1985 berikan saya satu pengajaran penting; jangan sesekali lakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda". [ Olahan dari Biografi Syed Mokhtar AlBukhary ] #inspirasi
