top of page
  • Writer's pictureLafiy Travel Editor

TAK HABIS BELAJAR TAPI BERJAYA BINA BISNES US$21 JUTATAK HABIS BELAJAR TAPI BERJAYA BINA BISNES US$2

Pada tahun 2010, Eugene Kang yang sedang dalam perjalanan ke Grand Canyon bersama makciknya terjumpa satu produk daging salai yang telah dijual sejak tahun 1977. Tertarik dengan produk tersebut yang dihasilkan tanpa bahan pengawet dan dibuat secara tradisional tanpa mesin, mereka mencari pemilik produk daging salai itu. Pada tahun 2011, ketika berusia 21 tahun, Eugene berjaya menemui pemilik produk tersebut, Celestino Mirarchi, yang sudah berusia 80 tahun. Eugene kemudiannya buat keputusan berhenti belajar di kolej dan beli syarikat pemilik produk tersebut. Beliau berbincang dengan ibubapanya dan berkata; ”Saya tidak minat lagi untuk terus belajar. Bolehkah saya pinjam duit yang ibu dan ayah simpan untuk pembelajaran saya untuk jadi modal bisnes ini?” Kedua ibubapanya aadalah imigran yang datang ke US dari Korea Selatan. Sepanjang hidup di US, keduanya usahakan bisnes kedai serbaneka dan stesen minyak. Dan mereka setuju pinjamkan sebanyak US$200 ribu kepada Eugene. Selepas beli syarikat tersebut, Eugene belajar uruskan bisnes tersebut dengan Mirarchi selama setahun. Setahun selepas itu pula, produk daging salai yang dinamakan Country Archer itu dilancarkan semula. CountryArcher-2 Tiga tahun berikutnya, Eugene bekerja keras untuk bangunkan bisnes tersebut terutama di bahagian operasi. Setiap hari pada pukul 6 pagi, beliau sudah mula turunkan stok daging dari lori ke dalam stor. Banyak modal yang beliau laburkan untuk bina kemudahan pengeluaran dan tidak ambil sesen pun gaji. Untuk jimatkan belanja, beliau menetap di rumah ibubapanya. Pada tahun 2014, Eugene cuba pasarkan di beberapa pasaraya tetapi tidak berjaya. Beliau kemudian dapatkan bantuan dari Huy Fong Food, syarikat pengeluar sos pedas Sriracha yang terkenal di US. Dengan kerjasama Huy Fong Food, Eugene hasilkan produk salai berperisa Sriracha dan ini berjaya tarik minat rangkaian pasaraya Sprouts dan Kruger di US. Kini, selepas 5 tahun, produk Country Archer dijual di lebih 25 ribu kedai dan pasaraya di US. Jualan pada 2017 adalah sebanyak US$21.2 juta. Tahun lalu ia terima pelaburan ketiga berjumlah US$10 juta dari sebuah firma pelaburan dan jualannya meningkat kepada US$33 juta pada tahun 2018. #inspirasi

Kredit : TipBiz

8 views0 comments